Utusan Malaysia 12/05/09

Mencantikkan rambut dengan bahan semula jadi


produk Serie Nature telah menjadikan rambut dua dutanya, Daphne Iking dan Vanida Imran cantik bermaya.


Rambut yang cantik berseri, sentiasa menjadi idaman tidak kira wanita, lelaki dan kanak-kanak. Adalah suatu 'bonus' sekiranya seseorang itu mempunyai rambut yang sihat, bebas daripada kelumumur, tidak berminyak atau berkerak.

Inilah yang sering menjadi igauan terutamanya wanita yang menganggap rambut itu mahkota diri dan penyeri penampilan diri yang tidak boleh diketepikan.

Ini kerana penampilan seseorang pasti dilihat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sekiranya rambut tidak bermaya, maka rosaklah penampilan seseorang itu.

Bagaimanapun, rata-rata produk penjagaan rambut yang ada di pasaran mempunyai bahan kimia yang bukan sahaja memusnahkan fiber rambut tetapi menjadikan rambut rosak dan berpenyakit.

Sehubungan itu, pengeluar produk penjagaan rambut antarabangsa, Loreal Profesional telah memperkenalkan himpunan produk penjagaan rambut, Serie Nature yang diperbuat daripada seleksi formula bahan-bahan semula jadi. Formula ini melindungi, menyeri dan menguatkan fiber rambut.

Pengurus Pemasaran Loreal Profesional, Amanda Woo berkata, bahan-bahan seperti tomato, beras, avacado dan biji anggur, buah tin dan ginseng, tanah liat putih dan pic pasti memberi kelainan yang berbeza mengikut jenis rambut seseorang.

''Kali ini, Serie Nature bukan sahaja memperkenalkan untuk golongan dewasa tetapi kanak-kanak. Ini kerana rambut kanak-kanak lembut dan memerlukan penjagaan yang terbaik bagi mengekalkan kelembutannya.

''Koleksi ini juga menawarkan wangian dan tekstur yang unik. Kekayaan vitamin daripada buah-buahan dan bahan-bahan semula jadi itu sudah pasti memberi keserian kepada rambut penggunanya,'' katanya ketika melancarkan Serie Nature di Tanarimba, Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Menurut Amanda, koleksi terbaru Serie Nature terdiri daripada Cataplasme untuk rambut sensitif dan berwarna; Richess (rambut kering); Re-naitre (rambut sensitif); Oiliss (rambut kering dan tidak terurus); Terres d'argile (rambut berminyak, berkerak dan berkelumumur) dan Tendresse (untuk kanak-kanak).

Seramai lima orang duta telah dilantik bagi produk Serie Nature ini. Mereka ialah hos televisyen, Chui Ling; aktres (Vanida Imran); hos televisyen, penerbit dan kolumnis (Daphne Iking), aktor dan bekas model (Steve Yap) dan hos televisyen (Lynn Lim).

Setiap duta mencuba produk yang berlainan mengikut jenis rambut mereka. Rata-rata berpuas hati dengan produk tersebut yang menjadikan rambut lebih bermaya, berseri dan cantik mengurai.

Comments