To wax or not wax?

Nadia,

Sejak kehilangan kawan karib saya A, kepada bekas teman lelaki kawan sekerja saya, dan kawan baik suamiku, saya telah kehilangan kawan yang selalu menemani saya ke salon kecantikan untuk membuang bulu roma badan di kaki, ketiak dan ehemehem saya. Saya, dengan hati yang berat, terpaksa pergi keseorangan untuk threading dan waxing. Bukan itu sahaja, malah A tidak lagi mempunyai masa untuk keluar bersama dan 'lepak' sepertimana kita lakukan dahulu. Kadang- kadang, saya berasa marah kerana persahabatan kita seolah-olah, tidak lagi penting baginya-- and I'm putting all the effort to catching up.

Oleh kerana itu, saya berasa amat sedih dengan 'pemergiannya'. Saya cuba untuk memahami situasinya yang tidak ingin membuatkan saya memilih antara dia dengan rakan sekerja saya (kini, mereka bukan sahabat lagi), namun, a simple sms, politely declining the invite, would make a big difference in our friendship.

Sejak kebelakangan ini, saya kurang pergi ke salon kecantikan itu lagi. Lebih-lebih lagi, apabila saya mendapat khabar angin bahawa my favourite waxing girl sudah berhenti. Namun, melihat pertumbuhan dan kepelesetan bulu roma di sebelah Selatan badanku, telah membuatkan saya membuat pilihan untuk a) pergi ke salon kecantikan keseorangan SOB!SOB! atau b) berasa puas hati dengan hutan belantara Selatan saya yang menjadi semakin subur sejak kebelakangan ini.

Apa yang harus saya lakukan?

Cik Hutan Belantara Selatan

Comments

Post a Comment